Pages

Sunday, July 24, 2011

AFC and E&O are searching for AFC's Next Celebrity Chef!




assalamualaikum n salam 1 Malaysia... alhamdulillah bisnes saya pon makin berkembang... insyallah minggu depan ade lg meeting pasal projek yang akan dilaksanakan di bawah Kazzponic sdn. bhd... syukur Allah limpahkan rezeki kepada saya untuk terus membangun dalam hidup di samping berusaha membantu masyarakat... post kali ni tfikir nak ditulis bcoz kwn saya Peter Chan post kat FB pasal entry pencarian the next celebriti chef kat AFC...

Ni lah Peter Chan.. die sebagai Penang Adventist Hospital

Saya rasa semua orang yang ada Astro mesti x lepas dari tgk channel ni... tambah2 lagi bagi dorang yang nak cari idea untuk mkn apa n nak masak apa... saya sendiri pon dalam bidang ni time belajar kat politeknik merlimau melaka... memang x lepas dari tgk channel ni untuk gain idea n knowledge... memang best pon rancangan ni.. x kering gusi la tgk..mau x nye.. semua rancangan masakan yang sedap2 terliur je air liur..hahaha...

Lepas tgk je post dari Peter Chan tu kat FB.. saya pon usha la kat website nye.. ni website nye..


memang nak join.. tapi apakan daya pengalaman bawu setahun jagung... haha.. nak potong daging pon senget benget.. saya sedar diri saya!! saya nak bagi pandangan sikit la tentang bidang chef selebriti ni.. bagi saya bidang kulinari amat mencabar dan paling tinggi nilainya.. taraf martabat chef adalah yang paling di sanjungi selepas doktor.. ini kerana karier sebagai chef amat berat kerana terpaksa memuaskan hati pelanggan di samping menitik beratkan kesihatan pelanggan... dan banyak lg lah kalau nak di banggakan...

Bagi saya, chef selebriti perlu lebih berpengetahuan dan berpengalaman... dan untuk pengetahuan awk pekerjaan chef adalah di nilai melalui pengalaman.. tapi bagi saya seorang chef juga perlu mempunyai education dalam bidang kulinari ini kerana beliau akan menjadi seorang ikutan... sebagai contoh saya bagi:

"sorang budak yang belajar dari mak die bagaimana nak makan... die akan tiru dan cube amalkan... tapi jika die belajar tentang teori dan adab bagaimana hendak makan... mungkin budak kecil itu mampu menunjukkan cara memakan yang lebih elok berbanding mak nye.."

Di sini kita dapat lihat pendidikan teori lebih penting dan di susuli dengan pengalaman.. kerana pengalaman tidak menjaminkan kebenaran.... jadi... kepada Chef2 diluar sana harap dpt memberi peluang kepada pelajar muda yang baru keluar dari IPTA untuk memberi idea dan pandangan dalam mengembangkan karier mereka lagi... ini kerana mereka mungkin mempunyai pengetahuan teori yang mungkin kita sendiri tidak mempunyai nya... di IPTA mereka di ajar oleh tenaga pengajar yang sememangnya mempunyai pengalaman dan semestinya pengalaman tenaga pengajar disalurkan kepada pelajar.. pengalaman hanya bagi memudahkan, membiasakan dan mempercepatkan dan mengembangkan idea sewaktu kerja...

tetibe emosi pulak!! just nak meluahkan isi hati bagi yang berhasrat ingin Selebriti Chef... saya harap kepada contestant program ini akan menjadi pelapis Selebriti Chef di Malaysia khususnya... rasanya cukup lah merepek ntah apa la ni dalam mata terkebil2 ni..

2 kwn saya yang mungkin jadi Selebriti Chef dimasa hadapan di kiri Mokthar dan kanan Que sekarang dorang kat Star Cruise sorang kat Selat Melaka sorang kat Taiwan-Jepun.. kalau nk diikutkan ade sorang lg name die Naseer...
yang tgh tue Peter Chan la..

setapak kehadapan maju bersama.. Bye2

Thursday, July 21, 2011

Jejak Inovasi Melaka



Assalamualaikum... salam 1 Malaysia dan salam Melaka negeriku sayang.... pada 15 hingga 17 julai 2011 telah berlangsung satu program yang dianjurkan oleh MOSTI (Ministry of Science, Technologies and Innovation). Program ini di adakan bagi mencari seberapa banyak jumlah inovasi diakar umbi negeri Melaka untuk di pertontonkan kepada umum dan diketengahkan.. kami pon diberi peluang untuk join program ini... alhamdulilah semua berjalan dengan lancar... ni rentetan cite program tu...
15 julai 2011

program ni bermula dengan perasmian di SIRIM Melaka oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ketua Menteri Melaka... banyak la produk inovasi di tunjuk pada perasmian tu... ade dari pembuat kerongsang dan etc... pagi hujan sikit tapi bak kata orang hujan rahmat.. tambah2 lagi hujan di pagi Jumaat, penghulu hari... lepas abis perasmian saje crew jejak inovasi mula diberi tugasan untuk pergi mencari founder inovasi di sekitar Melaka... tapi kami x jadi crew... hehehe... rasa nya cite ni jela yang kami leh kongsi untuk hari pertama...

16 julai 2011




OK... hari ini adalah hari penting bagi kami bcoz kami kene buat demonstrasi cara memasak menggunakan kiub dan bagi meyakinkan pengguna dan media bahawa kiub kami sedap,mudah dan berkhasiat... pagi tu awal lagi kami dah bersiap. about 6 am kami dah bngun n pack barang masuk kereta... x breakfast x apa terus kami loading brg then setup tempat demo... di kata kan pukul 9 nak start... tapi disebabkan ade problem sikit crew jejak inovasi sampai lmbt sikit... alhamdulilah la sempat lg ktorg prepare... untuk hari kedua ni kami invite jugak group kerabu multipurpose powder join wat pameran... Alhamdulillah dorang bagi komitmen yang sangat tinggi.... dalam tgh prepare tetibe muncul muka fuad ( salah seorang crew Jejak Inovasi merangkap peminat setia kiub asam pedas melaka an so on... bnyak cite pasal die.. nanti kami akan cite pasal die in the next post.. OK)... so bile muncul je muka fuad, menandakan sebentar lagi kami dah kene demo... group first yang kami demo ialah wartawan dan crew media prima TV9... hehehe masuk TV lg ke?? insyallah... kami pon cite la cot cet cot cet... dapat la wat interview masuk TV... dalam hati mcm nak lompat.. sabar jela...hehehe....
lama jugak la buat demo ni dalam 4 jam jugak... kami rasa excited n happy sgt hari tu bcoz bnyk funder, organisasi n badan krjn yg nak bantu kami macam JAIM, SIRIM, CRUDLE, R&DCIC, n etc... n yang paling utama MOSTI la... cayalah crew MOSTI x kira atas sampai bawah semua cool and the best la gua cakap kat korang... hahaha.... n yg paling best dpt jumpe blogger Diyana Yang and Uncle-bugs... dorang senior dah dlm blogger kat Malaysia ni... cukup kot untuk hari kedua...

17 julai 2011

kita beralih kepada hari ketiga... hari ke 3 ni kami kene buat pameran di dataran Menara Taming Sari Melaka sempena majlis perasmian penutup Jejak Inovasi... lupa plak nak bagi tahu hari kedua kami buat pameran kat PMM... kami di khabar kan Chef Selebriti Malaysia akan datang untuk buat demo memasak inovasi... wahhh best sangat.... dalam dok cite2... pop kuar muka Dato chef wan... tkejut jugak n yang paling tkejut chef wan kata... "owhhh.. so this lahh kiub asam pedasn melaka... i must try this... nanti i try.. ok!"... dup dap dup dap jantung kami... pengerusi
majlis pon syor kan kepada chef wan untuk melawat pameran dan bagi komen.. chef wan mula dengan kerabu powder n last sekali bawu kami.... cara chef wan cakap memang best spontan n lancar... dier komen la produk kami supaya dapat di pertingkatkan lagi... insyallah dari masa ke semasa kami akan pertingkatkan kualiti dan mutu produk kami....
hari ke 3 ni kami bawa Kak Wa senior kami dan Fuad still ade untuk memberi semangat.... Datuk Bakar pula jutaan terima kasih lah kami ucapkan bcoz bagi semangat dan dorongan... n thanks beli 40 kotak... itu sahaja untuk laporan pameran dan Jejak inovasi Melaka 2011...

special thanks to Pn Hamidah Noor and Pn Nadzirah... Datuk Prof Madya Dr Abu Bakar, R&DCIC MOSTI, SIRIM, Media TV9, Sinar Harian dan blogger, Dato chef Wan, dan kpd individu yang terlibat secara langsung dan x langsung..

Monday, July 4, 2011

kiub asam pedas melaka

KIUB ASAM PEDAS MELAKA

Hubungi kami...
Firdaus = 0172597595
Shah = 0142587008

selamat datang ke blog syarikat kami

Syarikat ini ditubuhkan pada 3 MEI 2011 di bawah nama CUEBICTO VENTURE (JR0022776-K). Perniagaan utama yang dijalankan ialah mengeluar, membekal, mengedar bahan makanan segera. Syarikat ini ditubuhkan melalui bimbingan Politeknik Merlimau Melaka. Syarikat ini mengeluarkan produk dengan menggunakan Brand (Sedapp). Syarikat ini dimiliki oleh Muhammad Firdaus Mustapha dan Norbashah Ahmad. Produk pertama keluaran syarikat ini ialah Kiub Asam Pedas Melaka.